Friday, 29 September 2023

PENGAMBILAN PELAJAR BARU KEMASUKAN SEPT-OKT 2023, SKM JURUKIMPAL



JuruKimpal/ Welding merupakan program yang kian mendapat tempat dihati mereka yang mengidamkan kerjaya terjamin dengan pendapatan lumayan.
Di Institut Delta Semarak, kami bersedia melatih anda menjadi pengimpal mahir yang bakal menjadi rebutan majikan.
Pengambilan Pelajar Sesi Kemasukan Sept-Okt 2023 sedang dibuka. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Tempat terhad kepada 25 orang pelajar sahaja dalam satu kelas.
Umur 16 tahun ke atas (lepasan sekolah/tahfiz/sekolah pondok) layak memohon.
Untuk pertanyaan/maklumat lanjut hubungi :
Ms Azz wasap.my/601123357494/SKMWelding Zaharr wasap.my/601129333011/SKMWelding

Kaunselor Program,
Institut Delta Semarak, KL
 

Thursday, 28 September 2023

Aliran Akademik vs Aliran Kemahiran

===============================

Aliran Akademik vs Aliran Kemahiran
============================
Lepasan PT3/SPM , anda ada beberapa pilihan untuk sambung belajar samaada dalam aliran akademik dan aliran kemahiran.
Jom tengok perbezaan (vs) kedua-dua aliran ni.
1)Syarat am dan minima kelayakan ::
Aliran akademik - LULUS SPM( LULUS BM, Sejarah) dengan minima 1 kepujian@ gred C diperingkat SPM
Aliran kemahiran - Lepasan UPSR/PMR/PT3/SRP/PERNAH Menduduki SPM(walau tanpa gred lulus/kredit), berminat, tahu membaca, menulis dan mengira-4M serta berumur 16 tahun ke atas (untuk kelayakan sebagai peminjam PTPK)
2) Aliran Peringkat Pengajian yg bakal dilalui dan diperolehi ::
Aliran akademik -SPM-> sijil/pradiploma->Diploma atau
SPM->Diploma/asasi/matrikulasi/STPM -> Ijazah Sarjana Muda-> Master->PhD
Aliran kemahiran (Persijilan Kemahiran Malaysia dibawah JPK) -Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 2/3) -> Diploma Kemahiran Malaysia(DKM)-> Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia(DLKM)
3) Kesesuaian ::
Paling utama bagi kedua-dua aliran telah dikenal pasti minat/kecenderungan calon.
Pada pengamatan saya, pelajar yang sesuai untuk menyambung pelajaran dalam aliran akademik ialah golongan yang berminat kepada aktiviti bacaan, pemahaman, penyelesaian masalah melalui kaedah berfikir . Sesuai untuk mereka yang minat kepada aktiviti2 yang dinyatakan diatas berbanding praktikal@ kerja tangan.
Aliran Kemahiran@ TVET pula sesuai untuk mereka yang lebih suka melakukan terus sesuatu kerja @ dengan tangan (hands on) yang telah dikenal pasti prosesnya satu persatu berbanding dengan membaca, berfikir, membuat solusi bertulis dll. Maksudnya lebih kepada praktikal berbanding teori.
4) Pembiayaan Pelajaran ::
Aliran Akademik :: PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Aliran Kemahiran :: PTPK (Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran)
5) Sistem Pembelajaran ::
Aliran Akademik :: 70% Teori, 30% Amali
Aliran Kemahiran :: 70% Amali, 30 % Teori
6) Badan/Institusi Pengiktirafan Sijil yang dianugerahkan ::
Aliran Akademik :: MQA ( Malaysia Qualifications Agency) https://www2.mqa.gov.my/mqr
Aliran Kemahiran :: JPK ( Jabatan Pembangunan Kemahiran) bagi Program Persijilan Kemahiran Malaysia

7) Panggilan/gelaran untuk tempat pengajian ::
IPT - Intitut Pengajian Tinggi untuk aliran akademik.
IPT ini ada 2 iaitu IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam dan IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta

PLK - Pusat Latihan Kemahiran untuk aliran kemahiran.
PLK ini juga ada 2 iaitu PLKA - Pusat Latihan Kemahiran Awam dan PLKS- Pusat Latihan Kemahiran
Swasta

Awam - milikan kerajaan. Diurus dan ditadbir dibawah pemerintah/kerajaan dan menerima
bantuan subsidi dari kerajaan .

Swasta- Milikan syarikat /Individu .

Sunday, 17 September 2023

PELAJAR PROGRAM TVET/ KEMAHIRAN, SIAPAKAH MEREKA ???

Berada di barisan depan bahagian pengambilan pelajar, macam-macam latar belakang kelayakan akademik pelatih yang menyertai program aliran TVET/ Kemahiran ni...
- Ada yang setakat tahun 6 , kemudian sambung madrasah@ Tahfiz
- Ada yang setakat ting 3 atau 4
- Ada lepasan SPM , Diploma dan pernah juga saya bertemu dengan seorang pelajar wanita berkelulusan Ijazah
- Ada yang sebelum ni pernah bekerja bertahun-tahun dalam bidang lain.
Lantas mengapa ada yang sanggup berhenti kerja, beralih bidang memilih Kursus pilihan hati???

Jawapannya -->>> Pencapaian diri , minat dan mereka dapat melihat peluang kerjaya masa depan yang ada dalam bidang TVET/Kemahiran. 


.

.

.

Mencari Perunding Pendidikan program Kemahiran untuk Kursus Kimpalan atau JuruElektrik? Boleh hubungi saya PuanSha 011-69901507 

Artikel Popular