Showing posts with label Sijil Kemahiran Malaysia(SKM). Show all posts
Showing posts with label Sijil Kemahiran Malaysia(SKM). Show all posts

Monday, 26 December 2022

Tempoh Latihan bagi Program Mengikut Tahap (Persijilan Kemahiran Malaysia)



Kongsi Info:

Tahukah kalian, tempoh latihan untuk program-program dibawah Persijilan Kemahiran Malaysia sebagaimana yang digariskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) tertakluk pada satu jadual khas yang standard dan diguna pakai oleh semua PLK(Pusat Latihan Kemahiran) seperti dalam Jadual 1.
Jadual ini diguna pakai sejak 2015.
Dari jadual ini , sesebuah PLK dan pelajar boleh melihat berapa tempoh pembelajaran/latihan bagi satu-satu tahap serta mengira berapa jumlah jam belajar yang sepatutnya dalam satu minggu.
----------
Jom kita buat sama2 kiraan jam belajar di IDS ni cukup atau tidak dan adakah ia menepati garis panduan yang JPK keluarkan????
Kita ambil contoh di IDS ,untuk program
JURUKIMPALAN Kod NOSS MC-024-3 ( 3 disini bermaksud SKM Tahap 3). Program ini terus bermula dengan Tahap 3, oleh itu jam wajib pembelajarannya adalah 1600-2400jam.
Tempoh belajar 1 tahun 6 bulan atau keseluruhan 18 bulan . Kelas setiap isnin hingga jumaat 9pg - 4ptg = 6 jam sehari
Jam belajar = 6 x 5hari = 30jam seminggu
1 bulan = 4.5 minggu
18 bulan = 4.5 × 18 x 30 = 2430jam
Maka dapat dilihat disini Institut Delta Semarak(IDS) telah mematuhi Jam tempoh Latihan bagi Program Juru Kimpal yang bermula dengan SKM Tahap 3.
Kepentingan Mengetahui Jadual Tempoh Latihan bagi Program Mengikut Tahap
1. Mengetahui anggaran tempoh latihan sesuatu program
2. Mendapat latihan dan pembelajaran yang cukup masanya .
Adakah PLK tempat anda belajar telah memberi tempoh latihan yang secukupnya sebagaimana yang digariskan oleh JPK? Sila semak.
Sharing is Caring
Puan Sha - Kaunselor Program Institut Delta Semarak

Wednesday, 23 November 2022

KELEBIHAN SKM : BOLEH MENYAMBUNG PENGAJIAN HINGGA PERINGKAT IJAZAH?

                                       

“Puan, boleh ke anak saya sambung degree kalau ambil SKM ni?”

Ini antara soalan yang paling kerap ditanya ibu bapa dan pelajar sendiri.
Jawapannya: Ya, boleh!
Inilah kelebihan graduan TVET, mereka boleh terus beralih ke alam pekerjaan selepas tamat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sama ada tahap 1, 2 dan 3.
Jika berhasrat sambung pengajian, boleh ambil Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).
Pada masa kini, sudah banyak universiti khususnya universiti berstatus MTUN (UTHM, UMP, UTeM dan UniMAP) yang menerima lepasan SKM/DKM untuk menyambung peringkat sarjana muda / sarjana / kedoktoran.
Sekiranya berminat menjadi tenaga pengajar TVET, anda boleh menjalani latihan di CIAST atau institusi lain yang menawarkan sijil Vocational Training Operation (VTO) dengan memiliki sekurang-kurangnya SKM Tahap 3.
Jadi peluang kerjaya lepasan TVET ni sangat besar sebenarnya.
Bekerja dengan industri ✅
Bekerja dengan sektor awam ✅
Bekerja sebagai tenaga akademik ✅
Bekerja sendiri / usahawan TVET ✅
Jangan termakan dengan stigma bahawa TVET adalah untuk mereka yang tidak pandai atau bermasalah.
TVET adalah untuk mereka yang berbakat dan berminat.
Jadikan TVET sebagai pilihan hala tuju pendidikan anda.
27 Julai 2022

Rujukan/Sumber : https://www.facebook.com/nur.adnin.syamil/posts/10222545068118945



KESETARAAN SKM DAN SPM MENURUT MQA

https://www.mqa.gov.my/pv4/document/2022/April/SasteraKemanusiaan/Pendidikan27102021.pdf

 

Tuesday, 22 November 2022

5 TAHAP SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA



Persijilan Kemahiran Malaysia merupakan salah satu fungsi utama JPK. 

Persijilan ini menawarkan lima (5) tahap persijilan iaitu :

hand icon Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1

hand icon Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2

hand icon Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3

hand icon Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4

hand icon Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5





 

Friday, 11 November 2022

8 KELEBIHAN MEMILIKI SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA(SKM) YANG RAMAI ORANG TAK TAHU

 


8 KELEBIHAN MEMILIKI SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA(SKM) YANG RAMAI ORANG TAK TAHU

JOM ambil tahu dan lihat kelebihan pemilik SKM/DKM persijilan Kemahiran Malaysia yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
1. Lulusan boleh terus bekerja sebagai pembantu mekanik/bahagian operasi dengan syarikat/orang perseorangan tertentu samaada dalam sektor awam/kerajaan dan swasta. (Pastinya anda lebih menjadi rebutan berdasarkan kemahiran yang anda miliki. Syarikat tak perlu pening kepala perlu memberi latihan lagi kepada anda)
2. Lulusan boleh menjadi tenaga pengajar / cikgu/guru di PLK- Pusat Latihan Kemahiran samaada di PLK awam (seperti di ILP/IKBN/GiatMARA,Kolej Komuniti/ADTEC dll dimana kod pusat bermula huruf K ) atau PLK swasta (kod pusat bermula L) atau syarikat konsortium@industri .
Syarat minima untuk melayakkan anda bergelar tenaga pengajar di PLK ini adalah SKM 3. Apa yang perlu anda lengkapkan lepas SKM3/DKM tersebut ialah ambil Sijil Tenaga Pengajar (VTO / I-031-3) yang ada ditawarkan oleh di CIAST /ADTEC /PLK tertentu dan Sijil Induksi PP/PPD.
3. Lulusan berpeluang menjadi seorang usahawan dengan berniaga sendiri ..jadi tauke sendiri..buka bengkel, kedai jahit , kedai komputer atau lain-lain. Kemahiran dah ada apalagi...praktikkan apa yg dipelajari...
4. Lulusan DKM berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat DLKM (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia yang setara dengan diploma lanjutan akademik dalam kerangka KKM www.mqa.gov.my) . Layari www.dsd.gov.my atau www.skkm.gov.my
5. Anda juga berpeluang melanjutkan pelajaran diperingkat Ijazah Sarjana Muda di 15 Universiti Tempatan (IPTA) selepas DKM
terutama di Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia ( MTUN) .
6. Dengan SKM Tahap 3 dan LULUS SPM minima 1 kredit , anda diterima untuk melanjutkan pelajaran peringkat Diploma Akademik di IPT tertentu.
7. Anda berpeluang dilantik sebagai Pegawai Pengesah Luaran(PPL). PPL ini adalah individu penting yang bertugas sebagai wakil JPK untuk membuat penilaian keatas portfolio pelajar seterusnya membuat pengesahan status TERAMPIL/TIDAK TERAMPIL pelajar semasa peperiksaan akhir teori dan amali. PPL ni bertindak ala-ala auditor atau pegawai wazir disekolah-sekolah.
8. Anda berpeluang diiktiraf sebagai Pakar Industri Negara ( PIND) . Nama dan maklumat anda akan disimpan di dalam database /pengkalan data (DPIN) . Sebagai PIND , anda diiktiraf sebagai pakar rujuk dan dilibatkan dalam perbincangan dan pembangunan NOSS ( National Occupational Skills Standard)@ Standard Pekerjaan Kemahiran Kebangsaan (SPKK)
Kesimpulannya jangan pandang sebelah mata pada mereka yang memiliki SKM/DKM ini biarpun Syarat asas/minima untuk mengambil program SKM hanya berumur lebih 15 tahun, mempunyai minat terhadap sesuatu bidang/program, boleh membaca, menulis dan mengira. Dengan syarat minima ini, lepasan UPSR/PT3/PMR pun boleh diterima untuk melanjutkan pelajaran SKM di PLK(Pusat Latihan Kemahiran) yang sebelumnya dikenali Pusat Bertauliah(PB).
Kesimpulannya apa??? Siapapun anda , laluannya tetap ada untuk Jadi HEBAT dan MEMBERI MANFAAT kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Ingat "Tidak kira di mana anda bermula, yang penting di mana anda berakhir"
Ada anak2/adikberadik/sedara/jiran nak mohon program SKM ambilan November 2022 dengan pembiayaan penuh PTPK termasuk elaun bernilai RM600 sebulan ???
Sharing is Caring
Puan Sha - IDS Programme Counselor

Artikel Popular