Showing posts with label Info Program JURUELEKTRIK. Show all posts
Showing posts with label Info Program JURUELEKTRIK. Show all posts

Friday, 20 October 2023

Menanam Elektrod dan membuat Pengujian Rintangan Bumi

 


Amali bagi Kursus Juru Elektrik Tahap 2 telah dijalankan di mana pelatih melakukan amali cara menanam Elektrod dan membuat Pengujian Rintangan Bumi 🪛✨

Amali ini dilakukan untuk memahirkan kemahiran pelatih cara menanam Elektrod dan Pengujian Rintangan Bumi dengan betul 👍

#InstitutDeltaSemarak #tvet #juruelektrik #amali #praktikal #2023 #ptpk

Red Heart
August 7


Wednesday, 11 October 2023

Pingat Emas Buat IDS untuk kategori Class G : Agriculture, Environment & Renewable Energy dalam pertandingan Inovasi iCompEx 2023






Tahniah !!!

Pasukan dari Institut Delta Semarak yang terdiri dari tenaga pengajar dan pelajar Kursus Juruelektrik telah memenangi pingat Emas untuk kategori Class G : Agriculture, Environment & Renewable Energy dalam pertandingan Inovasi iCompEx 2023 yang diadakan di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Kedah (POLIMAS) .

Tahniah diatas kemenangan dan juga komitmen serta kerjasama berpasukan yang ditunjukkan.

#institutdeltasemarak
#icompex2023

Tuesday, 3 October 2023

SIJIL-SIJIL INSTITUT DELTA SEMARAK DARI JPK DAN PTPK

Program yang ditawarkan di Institut Delta Semarak, Jalan Ipoh mendapat kelulusan dan pengiktirafan dari JPK( Jabatan Pembangunan Kemahiran) dan PTPK( Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran), Kementerian Sumber Manusia. 






Sunday, 10 September 2023

Peperiksaan Akhir Pelajar ELK Tahap 2 B22 ( September 2023)



Alhamdulillah..

Peperiksaan Akhir Amali kursus SKM JuruElektrik Tahap 2 ( B22) telah dilaksanakan pada 5 dan 6 September 2023 dengan jayanya di mana semua pelajar telah berjaya LULUS/ TERAMPIL . Syabas sekali lagi !!!!

Insyaallah selepas ini mereka boleh ke peringkat seterusnya 
SKM JuruElektrik Tahap 3. Untuk pembelajaran SKM Tahap 3 nanti mereka akan belajar pendawaian jenis 3 fasa.

.

.

Anda berminat untuk menjadi tenaga mahir dan memiliki Sijil yang diiktiraf Kerajaan.Jom ..jadi sebahagian dari pelajar di Institut Delta Semarak . 


Wednesday, 26 October 2022

KONGSI INFO : JURUELEKTRIK


JURUELEKTRIK atau yang biasanya dikenali sebagai Electrician adalah pekerja bekemahiran yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam mendawai, memasang, mengendali dan menguji pendawaian satu fasa dan tiga fasa (domestik dan industri). Mencari, mengesan dan membaikpulih kerosakan litar elektrik serta mengawal, menyelenggara pendawaian motor dan peralatan elektrik mengikut piawaian Suruhanjaya Tenaga (ST).
Kod NOSS bagi program ini yang ditawarkan di Institut Delta Semarak bagi program yang halatujunya kearah kerjaya JURUELEKTRIK ini adalah EE-320-2 & EE-320-3 (Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik SKM Tahap 2 & 3)


 

Artikel Popular