Thursday, 28 September 2023

Aliran Akademik vs Aliran Kemahiran

===============================

Aliran Akademik vs Aliran Kemahiran
============================
Lepasan PT3/SPM , anda ada beberapa pilihan untuk sambung belajar samaada dalam aliran akademik dan aliran kemahiran.
Jom tengok perbezaan (vs) kedua-dua aliran ni.
1)Syarat am dan minima kelayakan ::
Aliran akademik - LULUS SPM( LULUS BM, Sejarah) dengan minima 1 kepujian@ gred C diperingkat SPM
Aliran kemahiran - Lepasan UPSR/PMR/PT3/SRP/PERNAH Menduduki SPM(walau tanpa gred lulus/kredit), berminat, tahu membaca, menulis dan mengira-4M serta berumur 16 tahun ke atas (untuk kelayakan sebagai peminjam PTPK)
2) Aliran Peringkat Pengajian yg bakal dilalui dan diperolehi ::
Aliran akademik -SPM-> sijil/pradiploma->Diploma atau
SPM->Diploma/asasi/matrikulasi/STPM -> Ijazah Sarjana Muda-> Master->PhD
Aliran kemahiran (Persijilan Kemahiran Malaysia dibawah JPK) -Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 2/3) -> Diploma Kemahiran Malaysia(DKM)-> Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia(DLKM)
3) Kesesuaian ::
Paling utama bagi kedua-dua aliran telah dikenal pasti minat/kecenderungan calon.
Pada pengamatan saya, pelajar yang sesuai untuk menyambung pelajaran dalam aliran akademik ialah golongan yang berminat kepada aktiviti bacaan, pemahaman, penyelesaian masalah melalui kaedah berfikir . Sesuai untuk mereka yang minat kepada aktiviti2 yang dinyatakan diatas berbanding praktikal@ kerja tangan.
Aliran Kemahiran@ TVET pula sesuai untuk mereka yang lebih suka melakukan terus sesuatu kerja @ dengan tangan (hands on) yang telah dikenal pasti prosesnya satu persatu berbanding dengan membaca, berfikir, membuat solusi bertulis dll. Maksudnya lebih kepada praktikal berbanding teori.
4) Pembiayaan Pelajaran ::
Aliran Akademik :: PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Aliran Kemahiran :: PTPK (Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran)
5) Sistem Pembelajaran ::
Aliran Akademik :: 70% Teori, 30% Amali
Aliran Kemahiran :: 70% Amali, 30 % Teori
6) Badan/Institusi Pengiktirafan Sijil yang dianugerahkan ::
Aliran Akademik :: MQA ( Malaysia Qualifications Agency) https://www2.mqa.gov.my/mqr
Aliran Kemahiran :: JPK ( Jabatan Pembangunan Kemahiran) bagi Program Persijilan Kemahiran Malaysia

7) Panggilan/gelaran untuk tempat pengajian ::
IPT - Intitut Pengajian Tinggi untuk aliran akademik.
IPT ini ada 2 iaitu IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam dan IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta

PLK - Pusat Latihan Kemahiran untuk aliran kemahiran.
PLK ini juga ada 2 iaitu PLKA - Pusat Latihan Kemahiran Awam dan PLKS- Pusat Latihan Kemahiran
Swasta

Awam - milikan kerajaan. Diurus dan ditadbir dibawah pemerintah/kerajaan dan menerima
bantuan subsidi dari kerajaan .

Swasta- Milikan syarikat /Individu .

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular