Wednesday, 14 February 2024

📢JEMPUTAN HARI TERBUKA* Institut Delta Semarak, KL 17/2/2024



 

📢JEMPUTAN HARI TERBUKA* Institut Delta Semarak, KL khas buat anda :

Tarikh: 17 Februari 2024 (Sabtu)

Masa: 10:00 Pagi - 12:00 Tengahari
✅ PENDAFTARAN PERCUMA
✅ SIJIL DISEDIAKAN
✅ BELIA BERUMUR 15-35 TAHUN
Pilihan KURSUS PERCUMA yang ditawarkan :
Lokasi : Institut Delta Semarak, KL
1. Asas litar Elektrik
2. Asas sambungan Kimpalan
Ini peluang terbaik anda!! Daftar segera! Klik wasap.my/601169901507/HariTerbuka170224
Tempat terhad! Bantu hebahkan info ini kepada belia dan rakan anda. Jumpa nanti‼️ 😊

Wednesday, 15 November 2023

PELUANG SAMBUNG BELAJAR SKM KIMPALAN(WELDING) INTAKE NOVEMBER 2023 DENGAN JAMINAN PEKERJAAN!!!


Pangilan TERAKHIR 2023!!!

PELUANG SAMBUNG BELAJAR SKM KIMPALAN(WELDING) INTAKE NOVEMBER 2023 DENGAN JAMINAN PEKERJAAN!!!
Jom serta kami segera.
LOKASI PEMBELAJARAN : INSTITUT DELTA SEMARAK, JALAN IPOH KL (L00362)
SYARAT KEMASUKAN : :
✅Umur 15 - 45 tahun .
✅Lepasan Ting 3/ SPM/ STPM/ DIPLOMA/ TAHFIZ yang berminat dengan program yang ditawarkan.
KEISTIMEWAAN BELAJAR DI IDS::
✅JAMINAN KERJA selepas tamat belajar (penuhi syarat yg kolej tetapkan)
✅ Bantuan Pembiayaan belajar dari kerajaan- PTPK
✅ Bantuan Elaun duit poket RM600 sebulan
✅ Bantuan Elaun pengangkutan bernilai RM2000 ( Per Tahap)
✅ Bantuan pembelian laptop bernilai RM2500 (One Off)
✅ Penginapan disediakan jenis kondominium - kawalan keselamatan , katil tilam + boleh masak disediakan dapur
✅ SIJIL DIIKTIRAF - dikeluarkan oleh kerajaan( JPK - Jabatan Pembangunan Kemahiran), Kementerian Sumber Manusia.
Mohon sekarang!!!
Hubungi untuk pertanyaan dan pendaftaran lanjut

Tuesday, 14 November 2023

SELAMAT BERCUTI SEMESTER NOVEMBER 2023

 SELAMAT BERCUTI SEMESTER 🏝️

Institut Delta Semarak ingin mengucapkan Selamat Bercuti Semester dan Cuti Deepavali kepada para pelajar✨

Jaga diri dan manfaatkan cuti anda sebaiknya! 🎊🫰

#InstitutDeltaSemarak #IDS #TVET #SKM #CutiSemester #SemesterBreak




Friday, 20 October 2023

Menanam Elektrod dan membuat Pengujian Rintangan Bumi

 


Amali bagi Kursus Juru Elektrik Tahap 2 telah dijalankan di mana pelatih melakukan amali cara menanam Elektrod dan membuat Pengujian Rintangan Bumi 🪛✨

Amali ini dilakukan untuk memahirkan kemahiran pelatih cara menanam Elektrod dan Pengujian Rintangan Bumi dengan betul 👍

#InstitutDeltaSemarak #tvet #juruelektrik #amali #praktikal #2023 #ptpk

Red Heart
August 7


MAJLIS KONVOKESYEN IDS - IBUBAPA TURUT DIRAIKAN DI ATAS PENTAS


Salah satu keunikan yang diamalkan setiap kali Majlis Konvokesyen Institut Delta Semarak (IDS) adalah graduan diraikan di atas pentas bersama-sama Ibubapa atau penjaga sebagai tanda penghormatan dan penghargaan jasa ibubapa/penjaga ini .

Wednesday, 11 October 2023

Positif Quotes : GAGAL itu biasa, Terus berusaha itu baru luar biasa


Gagal, kecewa itu lumrah kehidupan .

Daripada kegagalan itu kita belajar banyak perkara. Percayalah jika kita tidak putus asa dan sentiasa positif dengan usaha yang dibuat, ia akan mematangkan kita dalam menyelesaikan masalah.

Kita sudah ada pengalaman untuk mencari solusi jika berlaku pada masa akan datang , menjadi lebih berhati-hati dan sedar apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan.

Kuncinya ..Usah putus asa. Terus usaha. Tambah Ilmu , bergaul dengan orang yang berjaya, terus usaha buat disamping doa meminta pertolongan daripada Pencipta kita(Tuhan).

Ya.. TERUS BERUSAHA . Hasilnya akan jadi luar biasa!!!

 

Pingat Emas Buat IDS untuk kategori Class G : Agriculture, Environment & Renewable Energy dalam pertandingan Inovasi iCompEx 2023






Tahniah !!!

Pasukan dari Institut Delta Semarak yang terdiri dari tenaga pengajar dan pelajar Kursus Juruelektrik telah memenangi pingat Emas untuk kategori Class G : Agriculture, Environment & Renewable Energy dalam pertandingan Inovasi iCompEx 2023 yang diadakan di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Kedah (POLIMAS) .

Tahniah diatas kemenangan dan juga komitmen serta kerjasama berpasukan yang ditunjukkan.

#institutdeltasemarak
#icompex2023

Sunday, 8 October 2023

Kenapa anda perlu memilih Institut Delta Semarak - Jalan Ipoh sebagai tempat menyambung Pengajian program kemahiran/TVET ?


Kenapa anda perlu memilih Institut Delta Semarak - Jalan Ipoh sebagai tempat menyambung Pengajian program kemahiran/TVET ?
1. Institusi yang diiktiraf kerajaan dan mendapat pentauliahan penuh @ kelulusan dari JPK(Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia ) untuk menawarkan program Persijilan Kemahiran Malaysia .
2. Institusi yang menyediakan peluang belajar program kemahiran /TVET beserta dengan Pinjaman pendidikan dari agensi kerajaan melalui Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
3. Pembelajaran 70% amali/praktikal dan 30% teori . Sangat sesuai untuk mereka yang kurang berminat pada akademik / banyak teori.
4. Dilengkapi dengan kemudahan Infrastruktur yang lengkap berdasarkan piawaian kerajaan.
5. Menyediakan "Jaminan Kerjaya" untuk lepasan IDS . Kerjaya ini hasil jalinan bersama Rakan Strategik IDS yang menyediakan peluang pekerjaan.

Berminat untuk memohon program SKM Kimpalan atau Juruelektrik yang ditawarkan oleh IDS?
Hubungi PnSha 01169901507

Sharing is Caring,
Pn Sha - Counselor Programme IDS

#institutdeltasemarak
#TVET
 

Tuesday, 3 October 2023

SIJIL-SIJIL INSTITUT DELTA SEMARAK DARI JPK DAN PTPK

Program yang ditawarkan di Institut Delta Semarak, Jalan Ipoh mendapat kelulusan dan pengiktirafan dari JPK( Jabatan Pembangunan Kemahiran) dan PTPK( Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran), Kementerian Sumber Manusia. 






Friday, 29 September 2023

PENGAMBILAN PELAJAR BARU KEMASUKAN SEPT-OKT 2023, SKM JURUKIMPAL



JuruKimpal/ Welding merupakan program yang kian mendapat tempat dihati mereka yang mengidamkan kerjaya terjamin dengan pendapatan lumayan.
Di Institut Delta Semarak, kami bersedia melatih anda menjadi pengimpal mahir yang bakal menjadi rebutan majikan.
Pengambilan Pelajar Sesi Kemasukan Sept-Okt 2023 sedang dibuka. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Tempat terhad kepada 25 orang pelajar sahaja dalam satu kelas.
Umur 16 tahun ke atas (lepasan sekolah/tahfiz/sekolah pondok) layak memohon.
Untuk pertanyaan/maklumat lanjut hubungi :
Ms Azz wasap.my/601123357494/SKMWelding Zaharr wasap.my/601129333011/SKMWelding

Kaunselor Program,
Institut Delta Semarak, KL
 

Thursday, 28 September 2023

Aliran Akademik vs Aliran Kemahiran

===============================

Aliran Akademik vs Aliran Kemahiran
============================
Lepasan PT3/SPM , anda ada beberapa pilihan untuk sambung belajar samaada dalam aliran akademik dan aliran kemahiran.
Jom tengok perbezaan (vs) kedua-dua aliran ni.
1)Syarat am dan minima kelayakan ::
Aliran akademik - LULUS SPM( LULUS BM, Sejarah) dengan minima 1 kepujian@ gred C diperingkat SPM
Aliran kemahiran - Lepasan UPSR/PMR/PT3/SRP/PERNAH Menduduki SPM(walau tanpa gred lulus/kredit), berminat, tahu membaca, menulis dan mengira-4M serta berumur 16 tahun ke atas (untuk kelayakan sebagai peminjam PTPK)
2) Aliran Peringkat Pengajian yg bakal dilalui dan diperolehi ::
Aliran akademik -SPM-> sijil/pradiploma->Diploma atau
SPM->Diploma/asasi/matrikulasi/STPM -> Ijazah Sarjana Muda-> Master->PhD
Aliran kemahiran (Persijilan Kemahiran Malaysia dibawah JPK) -Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 2/3) -> Diploma Kemahiran Malaysia(DKM)-> Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia(DLKM)
3) Kesesuaian ::
Paling utama bagi kedua-dua aliran telah dikenal pasti minat/kecenderungan calon.
Pada pengamatan saya, pelajar yang sesuai untuk menyambung pelajaran dalam aliran akademik ialah golongan yang berminat kepada aktiviti bacaan, pemahaman, penyelesaian masalah melalui kaedah berfikir . Sesuai untuk mereka yang minat kepada aktiviti2 yang dinyatakan diatas berbanding praktikal@ kerja tangan.
Aliran Kemahiran@ TVET pula sesuai untuk mereka yang lebih suka melakukan terus sesuatu kerja @ dengan tangan (hands on) yang telah dikenal pasti prosesnya satu persatu berbanding dengan membaca, berfikir, membuat solusi bertulis dll. Maksudnya lebih kepada praktikal berbanding teori.
4) Pembiayaan Pelajaran ::
Aliran Akademik :: PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Aliran Kemahiran :: PTPK (Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran)
5) Sistem Pembelajaran ::
Aliran Akademik :: 70% Teori, 30% Amali
Aliran Kemahiran :: 70% Amali, 30 % Teori
6) Badan/Institusi Pengiktirafan Sijil yang dianugerahkan ::
Aliran Akademik :: MQA ( Malaysia Qualifications Agency) https://www2.mqa.gov.my/mqr
Aliran Kemahiran :: JPK ( Jabatan Pembangunan Kemahiran) bagi Program Persijilan Kemahiran Malaysia

7) Panggilan/gelaran untuk tempat pengajian ::
IPT - Intitut Pengajian Tinggi untuk aliran akademik.
IPT ini ada 2 iaitu IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam dan IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta

PLK - Pusat Latihan Kemahiran untuk aliran kemahiran.
PLK ini juga ada 2 iaitu PLKA - Pusat Latihan Kemahiran Awam dan PLKS- Pusat Latihan Kemahiran
Swasta

Awam - milikan kerajaan. Diurus dan ditadbir dibawah pemerintah/kerajaan dan menerima
bantuan subsidi dari kerajaan .

Swasta- Milikan syarikat /Individu .

Artikel Popular