Friday, 29 September 2023

PENGAMBILAN PELAJAR BARU KEMASUKAN SEPT-OKT 2023, SKM JURUKIMPAL



JuruKimpal/ Welding merupakan program yang kian mendapat tempat dihati mereka yang mengidamkan kerjaya terjamin dengan pendapatan lumayan.
Di Institut Delta Semarak, kami bersedia melatih anda menjadi pengimpal mahir yang bakal menjadi rebutan majikan.
Pengambilan Pelajar Sesi Kemasukan Sept-Okt 2023 sedang dibuka. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Tempat terhad kepada 25 orang pelajar sahaja dalam satu kelas.
Umur 16 tahun ke atas (lepasan sekolah/tahfiz/sekolah pondok) layak memohon.
Untuk pertanyaan/maklumat lanjut hubungi :
Ms Azz wasap.my/601123357494/SKMWelding Zaharr wasap.my/601129333011/SKMWelding

Kaunselor Program,
Institut Delta Semarak, KL
 

Thursday, 28 September 2023

Aliran Akademik vs Aliran Kemahiran

===============================

Aliran Akademik vs Aliran Kemahiran
============================
Lepasan PT3/SPM , anda ada beberapa pilihan untuk sambung belajar samaada dalam aliran akademik dan aliran kemahiran.
Jom tengok perbezaan (vs) kedua-dua aliran ni.
1)Syarat am dan minima kelayakan ::
Aliran akademik - LULUS SPM( LULUS BM, Sejarah) dengan minima 1 kepujian@ gred C diperingkat SPM
Aliran kemahiran - Lepasan UPSR/PMR/PT3/SRP/PERNAH Menduduki SPM(walau tanpa gred lulus/kredit), berminat, tahu membaca, menulis dan mengira-4M serta berumur 16 tahun ke atas (untuk kelayakan sebagai peminjam PTPK)
2) Aliran Peringkat Pengajian yg bakal dilalui dan diperolehi ::
Aliran akademik -SPM-> sijil/pradiploma->Diploma atau
SPM->Diploma/asasi/matrikulasi/STPM -> Ijazah Sarjana Muda-> Master->PhD
Aliran kemahiran (Persijilan Kemahiran Malaysia dibawah JPK) -Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 2/3) -> Diploma Kemahiran Malaysia(DKM)-> Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia(DLKM)
3) Kesesuaian ::
Paling utama bagi kedua-dua aliran telah dikenal pasti minat/kecenderungan calon.
Pada pengamatan saya, pelajar yang sesuai untuk menyambung pelajaran dalam aliran akademik ialah golongan yang berminat kepada aktiviti bacaan, pemahaman, penyelesaian masalah melalui kaedah berfikir . Sesuai untuk mereka yang minat kepada aktiviti2 yang dinyatakan diatas berbanding praktikal@ kerja tangan.
Aliran Kemahiran@ TVET pula sesuai untuk mereka yang lebih suka melakukan terus sesuatu kerja @ dengan tangan (hands on) yang telah dikenal pasti prosesnya satu persatu berbanding dengan membaca, berfikir, membuat solusi bertulis dll. Maksudnya lebih kepada praktikal berbanding teori.
4) Pembiayaan Pelajaran ::
Aliran Akademik :: PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Aliran Kemahiran :: PTPK (Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran)
5) Sistem Pembelajaran ::
Aliran Akademik :: 70% Teori, 30% Amali
Aliran Kemahiran :: 70% Amali, 30 % Teori
6) Badan/Institusi Pengiktirafan Sijil yang dianugerahkan ::
Aliran Akademik :: MQA ( Malaysia Qualifications Agency) https://www2.mqa.gov.my/mqr
Aliran Kemahiran :: JPK ( Jabatan Pembangunan Kemahiran) bagi Program Persijilan Kemahiran Malaysia

7) Panggilan/gelaran untuk tempat pengajian ::
IPT - Intitut Pengajian Tinggi untuk aliran akademik.
IPT ini ada 2 iaitu IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam dan IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta

PLK - Pusat Latihan Kemahiran untuk aliran kemahiran.
PLK ini juga ada 2 iaitu PLKA - Pusat Latihan Kemahiran Awam dan PLKS- Pusat Latihan Kemahiran
Swasta

Awam - milikan kerajaan. Diurus dan ditadbir dibawah pemerintah/kerajaan dan menerima
bantuan subsidi dari kerajaan .

Swasta- Milikan syarikat /Individu .

Sunday, 17 September 2023

PELAJAR PROGRAM TVET/ KEMAHIRAN, SIAPAKAH MEREKA ???

Berada di barisan depan bahagian pengambilan pelajar, macam-macam latar belakang kelayakan akademik pelatih yang menyertai program aliran TVET/ Kemahiran ni...
- Ada yang setakat tahun 6 , kemudian sambung madrasah@ Tahfiz
- Ada yang setakat ting 3 atau 4
- Ada lepasan SPM , Diploma dan pernah juga saya bertemu dengan seorang pelajar wanita berkelulusan Ijazah
- Ada yang sebelum ni pernah bekerja bertahun-tahun dalam bidang lain.
Lantas mengapa ada yang sanggup berhenti kerja, beralih bidang memilih Kursus pilihan hati???

Jawapannya -->>> Pencapaian diri , minat dan mereka dapat melihat peluang kerjaya masa depan yang ada dalam bidang TVET/Kemahiran. 


.

.

.

Mencari Perunding Pendidikan program Kemahiran untuk Kursus Kimpalan atau JuruElektrik? Boleh hubungi saya PuanSha 011-69901507 

*DISCOVERY SQUBA DIVING*


*DISCOVERY SQUBA DIVING* 🥽🤿

Pelajar Kimpalan A22, Insitut Delta Semarak telah terlibat dengan program 'Discovery Squba Diving' pada 27 Mei 2023 bertempat di Kolam Renang Universiti Putra Malaysia (UPM) ✨

Objektif program adalah bagi memberi pendedahan tentang asas menyelam dan intipati kerjaya penyelam khususnya di Malaysia. Tahniah dan syabas buat pelajar terlibat‼️👍🏼👏🏻👏🏻601:06 PM


 

Sunday, 10 September 2023

Peperiksaan Akhir Pelajar ELK Tahap 2 B22 ( September 2023)



Alhamdulillah..

Peperiksaan Akhir Amali kursus SKM JuruElektrik Tahap 2 ( B22) telah dilaksanakan pada 5 dan 6 September 2023 dengan jayanya di mana semua pelajar telah berjaya LULUS/ TERAMPIL . Syabas sekali lagi !!!!

Insyaallah selepas ini mereka boleh ke peringkat seterusnya 
SKM JuruElektrik Tahap 3. Untuk pembelajaran SKM Tahap 3 nanti mereka akan belajar pendawaian jenis 3 fasa.

.

.

Anda berminat untuk menjadi tenaga mahir dan memiliki Sijil yang diiktiraf Kerajaan.Jom ..jadi sebahagian dari pelajar di Institut Delta Semarak . 


Tuesday, 5 September 2023

PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI SEPTEMBER 2023 TELAH DIBUKA ‼️‼️


 

PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI SEPTEMBER 2023 TELAH DIBUKA ‼️‼️

Program yang ditawarkan mampu menjamin kerjaya anda untuk masa depan. Paling penting INSTITUSI kami diiktiraf oleh KERAJAAN.

Bertindak sekarang dan ubah masa depan anda dengan belajar kemahiran. Gagal atau kurang minat dalam akademik tidak bermakna anda gagal dalam hidup. Peluang masih ada, jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Pelajar kami terhad untuk 25 ORANG SAHAJA‼️ Jadi daftar sekarang‼️

Kursus: Sijil Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam (Juru Kimpal)
Tempoh Pengajian: 1tahun 6bulan

Berminat ?

Sila Whatsapp / Call Kaunselor Program Institut Delta Semarak
PuanSha 011-69901507
Zaharr 010-877 6610

#institutdeltasemarak #PendafataranBaru #2021 #PTPK #TVET #KolejKemahiranAnda

Gerobok Rezeki




Alhamdulillah ...

Gerobok Rezeki telah dimulakan sejak MEI 2023. Semoga usaha yang dilakukan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban perbelanjaan pada sesiapa yang memerlukan.

Biarpun sedikit..tapi ada. Semoga Allah terus bukakan pintu Rahmat dan Rezeki buat kita semua..Aamiin3x
 

Positif Quotes : Ilmu itu lebih baik dari kekayaan, kerana kekayaan itu harus dijaga, sedangkan ilmu menjaga kamu

 




Ilmu itu lebih baik dari kekayaan, kerana kekayaan itu harus dijaga, sedangkan ilmu menjaga kamu -
Ali bin Abi Talib


BETUL KE UMUR 15 -17 TAHUN , TANPA SPM..Ada PELUANG SAMBUNG BELAJAR SEHINGGA DIPLOMA?

 YES?

.

.

.

BETUL..

Mereka memang ada peluang. Ada Jalan tersedia buat mereka biarpun TANPA/DENGAN SPM .


Ramai yang terlepas pandang tentang ni .

.

Untuk ibubapa yang prihatin , yang ingin melihat anak anda ada

1. Sijil dan Diploma diiktiraf kerajaan. 

2. Ilmu dan kemahiran yang boleh digunakan untuk kerjaya dimasa depan

.

.

Nak tahu macam mana caranya. JOM kita set temujanji . RUNDINGAN PERCUMA

bersama saya Puan Sha atau En Zahar, Kaunselor Program di Institut Delta Semarak



Monday, 4 September 2023

Jalur Gemilang Marathon Day 2023 untuk Institut Delta Semarak



Jalur Gemilang Marathon Day telah diadakan pada 25 Ogos 2023 bertempat di Taman Tasik Titiwangsa. Pelajar dan kakitangan berjalan mengelilingi Taman Tasik Titiwangsa sambil mengibarkan jalur gemilang 🇲🇾 Syabas buat semua warga Institut Delta Semarak! 👍💪👏 #institutdeltasemarak #tvet #merdeka #jalurgemilang



















MERDEKA MOOD IS ON


Bahang Sambutan Kemerdekaan 2023 yang ke-66 bertemakan *Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan* masih terasa 🇲🇾

Mod Merdeka telah pun bermula sejak pertengahan Ogos 2023 lagi di kalangan pelajar dan kakitangan Institut Delta Semarak. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat semua warga Malaysia! ✨🫶

#institutdeltasemarak #kolejkemahiran #tvet #ptpk #kemahiran #merdeka #2023

 

Artikel Popular