Wednesday, 9 November 2022

ALIRAN AKADEMIK vs ALIRAN KEMAHIRAN (SIRI 1)

ALIRAN AKADEMIK vs ALIRAN TVET (TEKNIKAL/VOKASIONAL/KEMAHIRAN)




Artikel ini ditulis berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya yang lebih dari 20 tahun terlibat dalam dunia pendidikan samaada di Pusat Bertauliah/Pusat Latihan Kemahiran Swasta (pentauliahan MLVK/JPK) dan di Institut Pendidikan Tinggi Swasta (pengiktirafan/kelulusan MQA)
Pada pengamatan saya, pelajar yang sesuai untuk menyambung pelajaran dalam aliran akademik ialah golongan yang berminat kepada bacaan, pemahaman, penyelesaian masalah melalui kaedah berfikir serta komunikasi dengan sesama manusia .
Antara kerjaya yang menjurus kepada aliran akademik adalah guru subjek2 akademik, peguam, kaunselor, akauntan, pengurus , juruperunding , juruanalisa, jurutera dll.
Sebagai contoh kerjaya guru. Sebagai seorang guru contohnya guru sains, seseorang perlu membaca, memahami dan mampu memberi kefahaman dan menyelesaikan sebarang soalan yang mungkin ditimbulkan oleh pelajar atau soalan tersedia dalam sesuatu topik sebelum guru tersebut bersedia berhadapan untuk mengajar. Guru tersebut juga perlu memikirkan teknik yang sesuai dengan tahap pemikiran dan kefahaman pelajar bagi menyampaikan maklumat@sebarang topik pelajaran.
Aliran Kemahiran pula sesuai untuk mereka yang lebih suka melakukan terus sesuatu kerja berbanding dengan membaca, dll. Kebiasaannya kerja yang dilakukan adalah sesuatu yang berulang-ulang dan memang tersedia cara penyelesaian masalah tersebut/ tersusun satu persatu mengikut turutan/SOP.
Antara kerjaya yang sesuai dalam aliran kemahiran ini adalah tukang jahit, tukang masak@chef, mekanik kereta, pendawai@juruelektrik, penyelenggara bangunan, jurukecantikan , tukang gunting rambut, penyambut tetamu, kerani/pembantu tadbir, jurupandu dll.
Sebagai contoh tukang jahit. Apabila didatangi seorang pelanggan, beliau akan mengambil ukuran standard yg perlu seperti ukuran bahu, pinggang, dada, labuh kain, lengan dll. Selain itu beliau juga perlu tahu jenis fesyen yang perlu dijahit serta tarikh siap yang diperlukan pelanggan. Selepas ukuran dll maklumat diperolehi, tukang jahit akan membuat pola, menggunting dan menjahit sehingga siap pakaian pelanggan tersebut.
Setiap orang memiliki tatacara pemikiran dan tindakan yang berbeza. Samaada anda pelajar aliran akademik atau kemahiran kedua-dua sama penting dan saling berkait.
Seorang guru yang mengajar matapelajaran dan modul yg sama saban semester@tahun pasti lebih mahir tentang selok belok soalan atau reaksi pelajar berbanding guru yang pertama kali mengajar. Kemahiran yang dimiliki hasil kerja berulang yang dibuat ada kalanya menyebabkan mereka tidak perlu lagi membawa nota rujukan ke kelas...terus mengajar kerana semuanya telah berada dalam minda.
Seorang tukang jahit yang berkemahiran dan kemudiannya menambah pengetahuan dengan membaca, memerhati, mempelajari teknik baru tertentu membolehkan mereka mencipta pakaian dan melakukan kerja menjahit lebih pantas dan teratur. Mereka juga kemudiannya boleh mengajar orang lain ilmu yang dimiliki dan ini melayakkan mereka menjadi pengajar dan usahawan/pemilik kedai@ syarikat.
Oleh itu tidak seharusnya ada istilah kelas pertama, kelas kedua atau tiada kelas atau tidak perlu rasa rendah diri pada mana-mana aliran. Ia seharusnya menjadi pilihan samaada akademik atau kemahiran seumpama makan nasi lemak telur mata atau roti sardin yang kedua-duanya berharga rm2.50 satu set.
Saya teringat kata2 ustaz Muhammad dalam rancangan pesona d'zahra 21/12/2015-yang pernah didatangi seorang tukang jual belon karnival yang merasa rendah diri berbanding kawan lain yang berkerja doktor, akauntan dll biarpun pada kehidupan sedia ada, tukang jual belon tersebut juga memiliki rumah, kenderaan, keluarga dan pendapatan sendiri.
Bayangkan jika semua orang ingin jadi doktor...berperwatakan serius ( masa bekerja ya...bukan masa selfie), baju putih berkot, memegang stetoskop siapa agaknya yang akan menceriakan kanak2 dikarnival ?
Siapa yang akan menjadi jurujual, pemasang lampu, speaker, pemasang khemah dll.
Fikirkan sejenak dan ubah cara melihat sesuatu. ...

Wallahualam...

Sharing is Caring
Puan Sha- Kaunselor Program Institut Delta Semarak KL

No comments:

Post a Comment

Artikel Popular